Pages

Tuesday, 25 October 2011

Cheese

                                                                             
Cheese.....                  

Keju ialah adalah salah satu produk daripada hasil tenusu iaitu susu yang diperamkan bersama dengan bakteria yang dikenali sebagai “Fermentation Process”. Keju boleh diklasifikasikan dengan mengenali :

i-              Tempat asal / Negara pembuatnya
ii-             Cara atau kaedah menyediakannya
iii-            Kandungan lemak keju tersebut
iv-           Bentuk, rupa atau tekstur keju


Terdapat Pelbagai jenis keju terdapat di dunia ini antaranya ialah :

(1)Feta
Feta dikenal sebagai keju Yunani. Keju  Feta berwarna putih dengan pilihan rasa yang ringan



(2)Cheddar
Keju cheddar muda rasanya lembut serta warnanya pucat dan berasal  desa Cheddar di Somerset, Inggris.




(3)Mozarella
      Mozarella mempunyai tekstur lebih padat dan kenyal, tidak tahan terhadap panas. Keju ini sering digunakan sebagai topping pada berbagai adunan roti seperti pizza.


(4) Mascarpone
      Ia digunakan sebagai bahan utama dalam pembuatan Tiramisu. Mascarpone merupakan keju segar dari Italia yang terbuat dari susu sapi. Teksturnya lunak seperti mentega. Rasanya manis seperti krim dan tidak masin. 
 


(5)Parmesan

Keju parmesan amat popular di seluruh dunia. Keju ini berasal dari Itali. Keju ini biasanya  dijual dalam bentuk parutan atau kotak, serta memiliki tekstur yang sangat keras.

Monday, 24 October 2011

Service Ware

Service Ware merupakan peralatan - peralatan yang digunakan di dalam table setting. Antaranya ialah Flatware , Chinaware , Holloware & Glassware.

(1) FLATWARE

Ia merangkumi semua jenis garfu dan sudu. Cutlery juga yang merangkumi semua jenis alat pemotong dan pisau tergolong dalam category flatware. Cutlery dan flatware diperbuat daripada stainess steel kerana tahan lasak,tidak mudah calar, dan tahan karat.
Contoh Flatware : Table Spoon, Table Fork , Table Knife , Tea Spoon & Salad Fork 


(2) CHINAWARE / CROCKERY
Chinaware ataupun crockery ialah peralatan yang diperbuat daripada tembikar. Ia sering digunakan kerana ia mudah dikendalikan.

Contoh Chinaware : Dinner Plate , Coffee Cup & Saucer & Dessert Plate

(3) HOLLOWWARE
Ia tergolong daripada semua peralatan yang diperbuat daripada perak selain daripada sudu, garfu dan pisau. Tea pot, milk jug, sugar basin dan juga oval plate adalah contoh peralatan hollowware. Kebanyakan peralatan yang dibekalkan dan digunakan adalah dihasilkan daripada perak ataupun besi tahan karat.

Contoh Holloware : Tea Pot , Milk Pot & Creamer Pot

(4) GLASSWARE

Ia merangkumi pelbagai jenis gelas yang mempunyai pelbagai bentu, saiz , kualiti dan rekabentuk.
Terdapat tiga jenis gelas, iaitu :
v  Stemware  – Glasses with stem
v  Tumblers   – Glasses without stem
v  Fountain    – Decorative glass

Contoh Glaaware : Goblet, White Wine Glass & Red Wine Glass

Espresso

Setiap individu mempunyai pelbagai citarasa dalam minuman dan salah satu minuman yang menjadi pilihan dari pelbagai golongan adalah Coffee.


Terdapat  pelbagai jenis coffee antaranya adalah Espresso. Espresso adalah kopi yang dibuat dengan mengekstraks biji kopi menggunakan wap panas pada tekanan tinggi.

Terdapat pelbagai jenis minuman daripada coffee yang boleh dibuat menggunakan Espresso. Antaranya ialah :
Latte (coffee latte)  yang boleh dipelbagaikan corak  





                                                            (1)Latte (coffee latte)                                                               
     Merupakan sejenis kopi espresso yang ditambahkan susu dengan nisbah antara susu dan  kopi adalah 3:1.


          
 (2) Caffè macchiato
          Merupakan sejenis  kopi espresso yang  ditambahkan susu dengan nisbah antara kopi dan     susu iaitu 4:1


Caffè macchiato
 
                                                                 (3) Cappuccino                                                       
          Merupakan sejenias kopi dengan   penambahan susu, krim, dan serpihan
          coklat.
 Cappuccino     



 Cappuccino     


 
Terdapat pelbagai lagi jenis hidangan minuman coffee yang terdapat di dunia. Terpulang kepada pilihan dan citarasa setiap individu.

Sunday, 23 October 2011

Napkin Folding

Napkin merupakan pelengkap kepada peranggu meja dan dilipat di dalam pelbagi bentuk. Selalunya ia diletak di atas pinggan makan dan tersusun cantik di atas meja. Napkin mempunyai pelbagai fungsi yang sangat penting ketika berada di meja makan.Terdapat pelbagai jenis lipatan napkin.

Antaranya lipatan bird of paradise, Lipatan Candle Fan, lipatan Goblet Lily, lipatan Diamond Pouch dan lipatan Bunga Rose.


Lipatan Candle Fan

Lipatan Bird of Paradise

 Lipatan Goblet Lily


 Lipatan Diamond Pouch

Lipatan Bunga Rose.

Pada awalnya, napkin hanyalah sehelai kain tanpa corak dan dilipat begitu sahaja sekadar menghiasi meja makan. Namun kini ianya digunakan secara meluas sebagai item hiasan yang akan menerbitkan kecantikan dalam susunatur meja hidangan secara keseluruhannya. Terdapat pelbagai aneka corak, saiz, warna dan tema kerana ianya telah didatangkan pelbagai bagi memenuhi konsep yang bermutu diutarakan bagi sesuatu acara/majlis.